Thursday, December 22, 2011

Friday, December 2, 2011

Motor

Akil dapat present frm Family Day. Suka dia. Dia panggil bendaalah
ni motor.

Surah Al Imran

Ada banyak lagi himpunan surah-surah dan khasiat2nya yg boleh refer to bliss-infinity.blogspot.com. Thank you for compiling this.
SURAH ALI IMRAN - AYAT 18 & 19 ;









Terjemahan:
"18. Telah dinyatakan oleh Allah bahawa tidak ada Tuhan melainkan Dia, dan Malaikat-Malaikat serta orang yang berpengetahuan pun naik saksi (bahawa Allah keadaan-Nya) berdiri dengan adil, tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang Maha Perkasa lagi Bijaksana.
19. Sesungguhnya agama (yang diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan tiada bertelingkah Ahli Kitab itu, melainkan setelah datang ilmu pengetahuan kepada mereka, disebabkan berdengki-dengkian sesama mereka. Barangsiapa mengingkari ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah itu tersangat cepat mengira."


SURAH ALI IMRAN: AYAT 26 - 27









Terjemahan:
"26. Katakanlah: "Ya Allah yang memiliki kerajaan! Engkau berikan kerajaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut (lenyapkan) kerajaan itu dari sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau muliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan sesiapa yang Engkau kehendaki. Di dalam tangan (kekuasaan) Engkaulah segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu.
27. Engkau masukkan malam ke dalam siang (memperpanjang masa malam) dan Engkau masukkan siang ke dalam malam (memperpanjangkan pula masa siang). Engkau keluarkan yang hidup daripada yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati daripada yang hidup. Dan Engkau beri rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dengan tiada terkira."


Khasiatnya:-
1. Amalkan ayat 26 - 27 sebelum tidur, mudah-mudahan Allah SWT membukakan jalan untuk menyelesaikan bebanan hutang.
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: "Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari."
- Riwayat al-Baihaqi


Urutan bacaannya:-
1. Surah Al-Fatihah.
2. Ayat Kursi
3. Surah Ali Imran Ayat 18 & 19
4. Surah Ali Imran Ayat 26 & 27

Amalan Untuk Anak-anak Kecil (Oleh Ibubapa)

Amalan Untuk Anak-anak Kecil (Oleh Ibubapa)

Untuk anak-anak kecil, letak tangan kanan di atas kepala mereka dan baca:-

Ya Raqib-7x
Ya Barr-7x
Ya Mutakkabbir-10x
Ya Matiin-10x
Ya Syahiid-21x

... dan doakan semoga menjadi Soleh, berbakti kepada kedua ibubapa, bijak, cerdas, tangkas dan sebagainya. Tiup di kepalanya.

Kalau boleh diamalkan semasa mereka (anak) tidur & selepas mereka bangun tidur. Jika yang bersekolah, ibubapa tiupkan pada air minuman mereka setiap pagi, InsyaALLAH.

Semoga terbentuk generasi Soleh/Solehah.

Amin.


Posted By : Wan Asrul
http://terapi-alfatah.blogspot.com/search/label/Amalan

Surah Taha

Got it frm http://bliss-infinity.blogspot.com

20. SURAH TAHA (35 ayat) – 'DIMULAI DENGAN KALIMAT THAAHAA'



DITURUNKAN DI MEKAH

Surah Taahaa adalah surah ke-20 dan terdiri atas 135 ayat, diturunkan setelah surah Maryam.
Surah ini dinamai Thaahaa, diambil ayat pertama surat ini.

Sebagaimana juga yang lazim terdapat pada surah-surah yang memakai huruf-huruf abjad pada permulaannya, di mana huruf tersebut seakan-akan merupakan pemberitahuan Allah SWT kepada orang-orang yang membacanya, bahawa sesudah huruf itu akan dikemukakan hal-hal yang sangat penting diketahui, maka demikian pula halnya dengan ayat-ayat yang terdapat sesudah huruf ThaaHaa dalam surah ini.

Allah SWT menerangkan bahawa Al Quran merupakan peringatan bagi manusia, wahyu dari Allah SWT, Pencipta semesta alam. Kemudian Allah SWT menerangkan kisah beberapa orang nabi; akibat-akibat yang telah ada akan dialami oleh orang-orang yang percaya kepada Allah SWT dan orang-orang yang mengingkari-Nya, baik di dunia mahupun di akhirat.

POKOK-POKOK ISINYA:

1. KEIMANAN:

Al Quran adalah peringatan bagi manusia terutama bagi orang-orang yang bertakwa; Musa A.S. menerima secara langsung wahyu dari Allah SWT, tanpa perantaraan Jibril; Allah SWT menguasai 'Arsy, mengetahui sesuatu yang samar dan yang lebih samar; keadaan orang berdosa dihimpunkan di hari kiamat; syafaat tidak bermanfaat pada hari kiamat, kecuali syafa'at dari orang-orang yang dapat keizinan dari Allah SWT.

2. HUKUM HAKAM:

Perintah mengerjakan solat dan keutamaan waktu-waktunya; kewajipan menyuruh keluarga melakukan solat.

3. KISAH-KISAH:

Kisah Musa AS dan Harun AS dalam menghadapi Fir'aun dan Bani Israil, kisah Nabi Adam A.S. dan iblis.

4. LAIN-LAIN:

Perintah Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW supaya dia meminta tambahan ilmu kepada Allah SWT sekalipun sudah menjadi rasul; Allah SWT tidak akan mengazab sesuatu kaum sebelum diutus rasul kepada mereka; jangan terpengaruh oleh kesenangan kehidupan dunia.

FADILATNYA:-

1. Doa ibubapa kepada anak mudah dikabulkan oleh Allah SWT.

Bacakan Ayat 1-6 dan hembuskan pada lehernya sewaktu ia menarik nafas untuk menjadikan anak itu anak yang baik.

Ayat ini adalah ayat pelembut hati.

Boleh juga diamalkan membaca Ayat 1 - 5 kepada anak-anak yang malas bersekolah.


Terjemahan:
"To Ha (Allah yang mengetahui maksudnya). Tiada Kami (Allah) turunkan kepadamu al-Quran ini supaya engkau celaka (menyusahkan engkau)! Melainkan untuk menjadi peringatan bagi orang yang takut. (Al-Quran) yang diturunkan daripada Tuhan, yang menciptakan bumi dan beberapa langit yang tinggi. Tuhan yang Pengasih, di atas singgahsana Dia bersemayam (berkuasa). Dia mempunyai apa yang ada di langit, dan di bumi, serta di antara keduanya dan apa yang ada di bawah tanah."

2. Baca ayat 25 - 28 sebanyak 21 kali tiap-tiap hari selepas solat Subuh, untuk otak cerdas, akal yang sempurna, menguatkan daya ingatan dan menambah ilmu pengetahuan.

Elok diajarkan kepada anak bila menduduki peperiksaan, untuk temuduga dan majlis ceramah.

Terjemahan
"Wahai Tuhanku! Lapangkanlah dadaku. Dan mudahkanlah bagiku urusanku. Dan bukakanlah simpulan dari lidahku. (Supaya) mereka memahami perkataanku."

3. Ayat 105 - 107 ditulis,dileburkan dengan air dan gunakan untuk mengubati bisul-bisul dan penyakit kulit lain. Sapukan pada tempat yang sakit. InsyaAllah penyakit akan segera kering dan sembuh.


Terjemahan:
"Tuhanku menghancurkannya sehancur-hancurnya. Lalu dibiarkannya menjadi tanah rata yang kosong. Tiada engkau lihat atasnya bertinggi rendah."

4. Ayat 114 adalah doa memohon ditambahkan ilmu.


Terjemahan:
"Wahai Tuhan, tambahkanlah ilmu kepadaku."

5. Ayat 120-135 dan Ayat 21-32 dari Surah Muhammad adalah ayat "penyejuk" iaitu penawar kepada orang yang panas baran dan untuk mententeramkan jiwa, fikiran dan hati.

6. Petua untuk dapat jodoh (sebagai tambahan kepada usaha2 lain).. amalkan ayat 131 dan 132 Surah Toha selepas solat setiap solat fardu.

- Jika dia seorang yang sakit, insyaAllah akan sembuh dari penyakitnya.

- Jika dia seorang yang miskin, insyaAllah dia akan memperolehi jalan mencari nafkah secara halal dan berkat.


"131. Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal."

Di dalam riwayat lain diceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a., ketika keluarga Rasulullah s.a.w. menghadapi sebarang kesempitan rezeki, beliau akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat 132 surah Taha.


Firman Allah di dalam ayat berkenaan: "132. Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa."

Kebanyakkan yang mengamalkan tip ini mendapat kemurahan rezeki yang luas dan "low profile". Mereka tidak terburu-buru dan tergesa-gesa dalam mengejar kesenangan. Kebanyakkan mereka akhirnya menjadi komited dalam beribadat atau melakukan aktiviti dakwah. Mereka hanya melakukan sedikit pekerjaan dunia, namun kurnia yang diperolehi melebihi apa yang mereka kerjakan.

7. Membaca surah Taha, Allah SWT akan kurniakan ilmu pengetahuan dan tercapai segala maksudnya.

SURAH ANBIYAA'

SURAH ANBIYAA' (112 ayat) – 'NABI-NABI'

DITURUNKAN DI MEKAH

Surah Al Anbiyaa' adalah surah ke-21 dan terdiri atas 112 ayat. Nama Al Anbiyaa' (bahasa arab: nabi-nabi) digunakan kerana surah ini mengutarakan kisah beberapa orang nabi. Permulaan surah Al Anbiyaa' menegaskan bahawa manusia lalai dalam menghadapi hari hisab, kemudian berhubung adanya pengingkaran kaum musyrik Mekah terhadap wahyu yang dibawa Nabi Muhammad SAW. Maka ditegaskan Allah SWT, sekali pun nabi-nabi itu manusia biasa, akan tetapi masing-masing mereka adalah manusia yang membawa wahyu yang pokok ajarannya adalah tauhid, dan keharusan manusia menyembah Allah SWT, Tuhan Penciptanya. Orang yang tidak mahu mengakui kekuasaan Allah SWT dan mengingkari ajaran yang dibawa oleh nabi-nabi itu, akan diazab Allah SWT didunia dan di akhirat nanti. Kemudian dikemukakan kisah beberapa orang nabi dengan umatnya.

Akhirnya surah itu ditutup dengan seruan agar kaum musyrik Mekah percaya kepada ajaran yang dibawa Muhammad SAW supaya tidak mengalami apa yang telah dialami oleh umat-umat yang dahulu.

POKOK-POKOK ISINYA:
1. KEIMANAN: Para nabi dan para rasul itu selamanya diangkat Allah SWT dari jenis manusia; langit dan bumi akan binasa kalau ada Tuhan selain Allah SWT; semua Rasul membawa ajaran tauhid dan keharusan manusia menyembah Allah SWT; tiap-tiap yang bernyawa akan merasakan mati; ujian dari Allah SWT kepada manusia ada yang berupa kebaikan dan ada yang berupa keburukan; hari kiamat datangnya dengan tiba-tiba.

2. KISAH-KISAH: Kisah Ibrahim a.s (ajakan Ibrahim a.s kepada bapanya untuk menyembah Allah SWT, bantahan Ibrahim terhadap kaumnya yang menyembah berhala-berhala, bantahan lbrahim a.s. terhadap Namrud yang menganggap dirinya Tuhan), kisah Nuh a.s., kisah Daud a.s., dan Sulaiman a.s; kisah Ayub a.s.; kisah Yunus a.s.; kisah Zakaria a.s.

3. LAIN-LAIN: Karunia Al Quran; tuntutan kaum musyrikin kepada Nabi Muhammad saw untuk mendatangkan mukjizat yang lain dari Al Quran ; kehancuran suatu umat adalah kerana kezalimannya; Allah SWT menciptakan langit dan bumi berserta hikmatnya; soal jawab antara berhala dan penyembahnya dalam neraka; timbulnya Ya'juj dan Ma'juj sebagai tanda-tanda kedatangan hari kiamat; bumi akan diwariskan kepada hamba Allah yang dapat memakmurkannya; kejadian alam semesta.

FADILATNYA:-

1. Untuk mengurangi kesakitan ketika melahirkan, baca ayat 30 kemudian tiupkan pada perut dan belakang wanita yang hendak melahirkan. InsyaAllah kesakitan ketika melahirkan akan berkurang.

Ayat 30 ini juga adalah doa ikhtiar rawatan untuk lumpuh / strok.



"Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?"

2. Ayat 69 diamalkan untuk anak-anak lembut hati / elak panas baran.

Boleh juga dibaca Ayat 69 ini untuk mengubati demam panas.


Allah berfirman: "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim! ".

3. Untuk mudah menghafal ilmu-ilmu, cara mengamalkannya adalah ayat 79 dan doa dibaca sekaligus sebelum matahari terbit sebanyak 10 kali selama 7 pagi berturut-turut. Doanya:- "Ya Allah Ya Tuhanku, Muliakan dan kurniakanlah aku cahaya kefahaman dan beri kurnialah aku ilmu dan hikmah dan akal yang sempurna dengan berkat nama-namaMU. Ya Tuhan yang Mulia, Ya Allah, curahkanlah keselamatan dan kesejahteraan atas junjungan kami Nabi Muhammad saw dan atas keluarganya dan para sahabatnya sekalian.".

Untuk anak-anak pandai belajar, suruh mengamalkan membaca Ayat 79.


"Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu."

4. Nabi Ayub a.s. dengan sabar mengamalkan ayat 83 semasa mengalami penderitaan penyakit bertahun lamanya dan putera puteri yang amat dikasihinya pula ramai yang meninggal dunia. Allah SWT telah kabulkan doanya, disembuhkan penyakitnya dan mendapat anak lagi.


"Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani".

5. TASBIH NABI YUNUS - AYAT 87 :
~ Barangsiapa selalu membaca ayat 87 ini berulang-ulang kali, insyaAllah segala dosa-dosanya diampun, terhindar dari bahaya, dimurahkan rezeki, segala hajatnya termakbul dan pahala mati syahid. Ayat ini mengandungi Nama Allah Yang Maha Agung. Ayat inilah yang dibaca oleh Nabi Yunus ketika baginda berada dalam perut ikan Nun, sehingga Allah SWT menyelamatkan baginda dalam kegelapan perut ikan di dasar laut itu dan mengembalikan baginda kepada kaumnya.

*Untuk Pengetahuan Am: Di dalam AlQuran ada menyebut kalaulah Nabi Yunus a.s. tidak berzikir dalam perut ikan, maka ALLAH akan letakkan dia dalam perut ikan paus sampai hari kiamat. Dalil qurannya ialah Surah As-Saffat 139-146.

~ Mengamalkan bacaan ayat 87 (11X) selesai sembahyang fardu, maka ia dapati kebebalannya hilang dan dianugerahkan kecerdasan.

~ Seseorang yang sakit membaca ayat ini 40 kali, dianugerahkan kepadanya pahala syahid dan jika sembuh sakitnya, maka diampunkan dosa-dosanya, insyaAllah.

~ Dibaca 41 kali dalam sujud terakhir ketika menunaikan solat hajat, insyaAllah hajatnya akan tercapai.

~ Dibaca 41 kali setiap kali selepas solat Subuh selama 40 hari, insyaAllah keinginannya akan berjaya dan akan terhindar dari perkara yang tidak diingini.

~ Ulama menyatakan, amalan membaca doa ini 1000 kali setiap hari, maka Allah SWT akan menghapuskan segala kesusahan atau kemudaratan. Dibukakan pintu kebaikan dan dilindungi dari segala kejahatan jin dan syaitan serta kezaliman manusia. Dia juga akan disukai dan dikasihi ramai.


"Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri".

6. Agar memperolehi anak-anak yang soleh, bacalah ayat 89 sebanyak 3 kali setiap selesai solat fardhu.


"Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi".

7. Petua membuat air penawar untuk bermacam-macam penyakit. Sediakan air secukupnya. Tulis ayat 101-103 atas kertas putih, dileburkan dalam air tersebut kemudian di minum.

Got from http://bliss-infinity.blogspot.com, mohon share ya!

Datul

Macam ku kenal gadis ini, tapi di mana ya!

Boots

I'm into Boots nowadays! Sebab tu buat research ni! Sebab dah takde kejelah tu padahal ada satu bakul baju tak lipat. Takpe, kita jamu mata, mcm2 design boots tht i came across.
pictures credit to www.ssense.com

MAISON MARTIN MARGIELA //

ANKLE BOOTIES


(i really like this one)...


GIVENCHY //

METAL MESH BOOTIES


(this one is nice too)!



MARC BY MARC JACOBS //

DRIES WEDGE BOOTIES


(YANG NI UNIK SIKIT)

MARC JACOBS //

LEATHER RUNWAY WEDGES

yANG NI MACAM SESUAI UNTUK ASKAR DARTH VADER. DARI PANDANGAN DEPAN OK.

RICK OWENS //

SHORT BRANCUSI WEDGES

NAPE DARI PANDANGAN DEPAN CAM OK, KALAU PANDANGAN SISI MACAM KO.. ANYWAY, THIS GUY MEMANG KREATIF.

JEFFREY CAMPBELL //

LEATHER ZUP WEDGES

KALAU PAKAI YANG NI, SURE ABANG RAMLI TEGUR, "JAGA2 CIK SALMAH"


MARC BY MARC JACOBS //

MOCASSO SHEARLING WEDGES

KALAU MALAYSIA ADA WINTER, I BELI KASUT NI YOU!

Itu jerlah buat tatapan.

All these boots can be found at www.ssense.com. Go and check it out, there are lots of interesting stuff.

Thursday, December 1, 2011

I like the colour! Marc Jacobs Stam Bag

-"I wish i could have one someday"-

These Marc Jacobs Stam Bags are on sale at www.ssense.com. Go and grab it fast!

Thursday, November 24, 2011

Spiderman lagi

Baju barulah katakan! Tak nak tanggal langsung.. siap pegang lagi kat toilet masa nak basuh berak tadi.

Spiderman



Ni pun beli kat Mothercare RM40.80.. Akil lagilah, terus nak pakai baju spider man ni kat kedai tadi.. Kalau tak beli, mau dia lari keluar kedai... Haish.. anak2. Dah besar belikan mak baju wonderwoman ok!

Mahal giler



Mahal giler baju ni.. Nak tahu berapa reganye? Haish.. pakal nak cepat, kalau lambat kena marah dgn driver a.k.a tuan rumah. Reganya: Sembilan puluh tujuh hinggit enam puluh sen, itu pun lepas 20% discount. Kalau tak beli karang, dia menangis time tu jugak.. lagipun Akil dah amik baju Spiderman tu, dia pun nak jugak. Haish.. sabar jerlah aku.. Itu baru satu anak dara, kalau ada 3, kena buat part timelah aku ni..

Beli kat Mothercare.

Hisap tangan



Hamza dah pandai amik tangan dia n nak hisap. Tadi tengahari jumpa Dr. Uncle sebab Hamza flu. Conversation between me and Dr. Uncle:

Dr : Anak no. berapa ni?
Me : No. 4
Dr : Bersalin kat mana?
Me : Kat SJ
Dr : Dr. D?
Me : Tak, Dr. S
Dr : Glanced thru' Baby's Book.. hhmmm Hamza takde 'h'?
Me : Tak taulah, Husband kata takde H
Dr : Asked the practical trainee, tau apa gelaran Saidina Hamza?
PT : mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm...... Geleng kepala
Dr : Singa Allah.. Asked that PT again, tau apa gelaran Khalid bin Walid?
PT : mmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm..... Geleng kepala lagi..
(dalam hati, nasib baik dia tak tanya aku)!
Dr : Saifullah, pedang allah.
Me : (Senyumlah, apa lagi.. aku pun tak tau).
Dia ada flulah dr, dah seminggu lebih..
Dr : Lungs ok, awak kasi apa?
Me : Kasi Sterimar jer..
Dr : Sterimar is for blocked nose, boleh kasi.. I prescribe you iliadin, kalau awak nampak hidung dia berair and kalau teruk, kasi 'phenergan'. He is ok, jgn dia jadi macam abang dia dahlah.. (*Td dr. tak kasi phenergan probably after dia check, Hamza cuma ada blocked nose jer kot)
Me : Itulah dr.

Insyaallah! Semoga Hamza akan membesar dengan sihat dan kuat seperti Saidina Hamza, pakcik Rasulullah.

After that, dr clearkan nose Hamza and give some instructions. I asked a few questions. He advised me not to stop giving Akil the Seretide, lagipun tgh musim tengkujuh.. Dr. kata, wad pun full.

Tuesday, November 22, 2011

Hypothyroidism Check List

If you say 'yes' to more than 5 of these statements, tell your doctor about your symptoms. You may be suffering from hypothyroidism.

- I feel tired and sleepy most of the time,with little energy and stamina.

- My brain works less efficiently, my thinking is foggy, and my concentration and memory are poor.

- Everything in my body seems to have slowed down, including my bowel functions and my metabolism, and my weight keeps going up.

- My skin is dull and puffy. My hair and nails are dry and brittle.

- I feel cold most of the time (even when others are feeling comfortable).

- I feel depressed and have a lot of negative thoughts.

- My movements and reflexes have become slow.

- I feel stiffness and aches in my muscles and bones, as well as a numb feeling in my hands.

- My blood pressure has gone up and my heart rate is slow.

- My cholesterol level has gone up.

Source: NST, Aug 28, 2007

Anak Cerewet Makan

Tips memberi makan

- Sekali-sekala, biarkan anak pilih makannya sendiri. Elakkan soalan terbuka seperti 'Apa yang kamu hendak makan malam ini? Sebaliknya senaraikan 2 jenis utk pilihannya.

- Jika anak anda suka suatu sajian tertentu, cuba memasak makanan lain dgn cara yg sama.

- Apabila memberi makan yg baru, cincang halus dan tambahkan kpd sajian kesukaan anak anda.

- Masak daging atau sayur-sayuran kegemaran anak anda dgn cara yg baru.

- Beri makanan dlm jumlah yg sedikit dlm jarak waktu yg lebih kerap. Ruang perut anak kecil. Oleh itu, mereka akan berasa lapar dgn lebih cepat.

- Jauhi makanan ringan seperti kentang goreng dari rumah anda. Makanan ini mepunyai kandungan nutrisi yg rendah dan akan merosakkan selera makan anak anda terhadap makanan yg lebih berkhasiat.

- Temani anak anda sepanjang dia makan, dan jadikan waktu itu pengalaman santai yg menyeronokkan.

Piramid Makanan

Pemakanan Sihat

- Pelbagaikan pengambilan makanan seperti bijirin, sayur dan buah-buahan.

- Pastikan setiap makan diambil rendah lemak dan kolesterol.

- Mengambil langkah bijak dlm pengambilan garam dan gula.

- Pastikan pengambilan kalsium dan besi yg cukup untuk tumbesaran anak anda.

- Kurangkan pengambilan makanan segera, minuman bergula, tinggi kalori atau makanan berlemak tinggi.

Source: Berita Harian, 4 Jun 2007

Thursday, November 17, 2011

itab movies at kg



Before tidur, layan movies at itab. Dapat pulak ngan bilik nenek yg berair-con dan tilam yang empuk.. ummm, mmg tidur nyeyak.

Akif's Progress

Since i'm on confinement kat kg, and tomorrow we will be back home. Sedihnye nak balik rumah semula. Here at kg, i received priviledges, baby pun mak mandikan, tak payah nak masak sendiri.. Sebenarnya blk awal sebab ada byk benda nak settlekan, nak cari pengasuh/nurseri utk Hamza, minggu depan ada check up ngan Dr, next weekend ada Company's family day... Before balik kg, dapur masak pecah. Ntah camnelah blh pecah, tgh duk melingkar, tergolek kat katil, dgr bunyi meletup.. Alesya ngan Akil tak tido lagi masa tu.. Papa pg Puchong tgk Wan. Nak kena cari ganti dapur...Haish!

Anyway, Papa collected RM100 dari sekolah Akif. Since Akif tak pegi sekolah for 2 weeks, Papa jumpa Class Teacher Akif untuk tanya dia punye result. Kedudukan dlm kelas tak berubah, sama ngan mid term walaupun ada improvement. Peratusan 86% tapi kedudukan dlm kelas, 35/37. Kedudukan keseluruhan no. 136/224. Next year, masuk kelas 2 Delima. Papa tanya kelas no. berapa and cikgu informed him kelas no. 3. Agaknya, kawan2 dia ramai dapat 100% kot. Akif mmglah tak suka belajar especially kat rumah. Macam2 alasan dia bagi.. Kalaulah dia rajin belajar, insyaallah dia dapat improve lagi kedudukan dalam kelas.

Diet Rendah Kolestrol Dan Lemak Tepu

I got this from my mother after she did her check up at Government Hospital. She received a paper on above title for her quite high cholestrol. Thank you GH for giving out this good tips to the patients.

Diet Rendah Kolestrol Dan Lemak Tepu

Diet ini adalah perlu untuk mengelakkan risiko penyakit jantung, darah tinggi, kes kolestrol tinggi dalam darah (hypercholestrolemia).

A. Makanan yang perlu dielakkan (tinggi kandungan kolestrol/lemak tepu)

1. Minyak dan lemak seperti minyak/lemak babi, Ghee, minyak kelapa. Lemak dari daging/ayam, minyak limpa ikan (Cod liver oil).

2. Kuning telur dan makanan yang dibuat daripada kuning telur seperti kaya, kastard telur, kek, biskut, mee kuning dll.

3. Organ dalaman haiwan seperti hati, jantung, limpa hempedal dan sebagainya.

4. Kerangan laut seperti ketam, udang, sotong, tiram, ikan bilis (kepala dan perut).

5. Hasil tenusu penuh krim seperti susu penuh krim (tepung/segar), mentega, keju penuh krim, dadih penuh krim.

6. Daging berwarna merah seperti daging lembu dan kambing.

7. Produk daging terproses seperti daging berlemak, 'bacon', ham sosej, frankfurter dan daging dlm tin.

8. Kelapa dan santan serta makanan yang mengandungi kelapa/santan.

9. Lain2 seperti coklat, mayonis, cencaluk, lap cheong, luncheon meat dan kuah yg dibuat dari pati haiwan.

* Lap Cheong tu apa yek?

B. Makanan yang boleh diambil


1. Lemak sayuran seperti minyak tak tepu (plyunsaturated)/tanpa kolestrol, minyak jagung, minyak kelapa sawit, minyak soya, marjerin dll.

2. Sup-sup sayur.

3. Ikan dan ayam (tanpa kulit dan lemak).

4. Bijirin seperti nasi, meehoon kuey teow, roti, oat, nestum, tepung gandum, tepung beras dll.

5. Buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang (dal, kacang merah/hijau).

6. Hail tenusu rendah lemak seperti susu skim/rendah lemak, keju rendah lemak (light cheese), dadih rendah lemak dll.

7. Gula, madu, sirap, jem, minuman ringan, kordial dll.

8. Kek, biskut, pastri dan puding yg dibuat dari putih telur dan lemak tak tepu.

* You also required to stop smoking, exercise, rest and have a peace of mind.

A Bundle of Joy


Introducing you Muhammad Hamza, our new bundle of joy. Alhamdulillah, i had safely delivered Hamza on 9 October 2011 at 2.52 pm. He weighed 3.97kg and length 48cm. On this picture, Hamza already 1 mth old. Why Hamza? Hubby wanted to put Hamza because Hamza is Nabi Muhammad's uncle and also he read about one germany boxing guy that is quite strong converted to Islam. That guy is now an active Islamic Speaker.

Seksa Meninggalkan Sembahyang

Sembahyang itu tiang agama. Barangsiapa mendirikannya maka sesungguhnya ia telah mendirikan agama dan barangsiapa meningalkannya maka sesungguhnya ia telah merobohkan agama.

Seksaan Ketika Hidup Di Dunia
a. Allah kurangkan keberkatan umurnya
b. Rezekinya dipersempitkan oleh Allah
c. Tidak ada tempat baginya disisi agama islam
d. Doanya tertolak
e. Hilang cahaya soleh dari wajahnya
f. Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala

Seksaan Ketika Sakaratul Maut
a. Ia akan menghadapi sakaratul maut dalam keadaan hina
b. Matinya dalam keadaan menderita kelaparan
c. Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walupun diberi minum air sebanyak tujuh lautan

Seksaan Ketika Di Dalam Kubur
a. Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya
b. Kuburnya akan digelapkan
c. Allah akan menyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat

Seksaan Ketika Berada Di Akhirat
a. Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mahsyar oleh malaikat
Allah tidak akan memandangya dengan pandangan belas kasihan
c. Allah tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan di seksa dengan keras di dalam neraka

Thursday, June 16, 2011

Sayang Adik


Sayang adik tapi kdg2 bila dah gaduh & geram, ada jugak dia pukul adik dia. Tapi sememangnya Alesya seorg kakak yg baik yg sentiasa jaga adiknya, boleh disuruh dan bertanggungjawab.

Kasih sayang seorg kakak kpd adik

Alesya nak cuba kopekkan luka kat tgn Akil. We were on the way to Johnson Baby Massage Workshop at Mid Valley. Papa bawa Akif to his Office's Futsal Tournament.

Sunday, May 22, 2011

AJL 25
















Post ni dah basi sebenarnya tapi daripada gambar2 tu duduk kat folder, lebih baik tunjuk utk korang semua kan. Its been like 2 years in a row, we went to AJL rehersal but this year Pina got a VIP ticket. Since Apado need to take care of Nawfal, i got the priviledge.