Friday, December 2, 2011

Surah Al Imran

Ada banyak lagi himpunan surah-surah dan khasiat2nya yg boleh refer to bliss-infinity.blogspot.com. Thank you for compiling this.
SURAH ALI IMRAN - AYAT 18 & 19 ;









Terjemahan:
"18. Telah dinyatakan oleh Allah bahawa tidak ada Tuhan melainkan Dia, dan Malaikat-Malaikat serta orang yang berpengetahuan pun naik saksi (bahawa Allah keadaan-Nya) berdiri dengan adil, tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang Maha Perkasa lagi Bijaksana.
19. Sesungguhnya agama (yang diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan tiada bertelingkah Ahli Kitab itu, melainkan setelah datang ilmu pengetahuan kepada mereka, disebabkan berdengki-dengkian sesama mereka. Barangsiapa mengingkari ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah itu tersangat cepat mengira."


SURAH ALI IMRAN: AYAT 26 - 27









Terjemahan:
"26. Katakanlah: "Ya Allah yang memiliki kerajaan! Engkau berikan kerajaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut (lenyapkan) kerajaan itu dari sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau muliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan sesiapa yang Engkau kehendaki. Di dalam tangan (kekuasaan) Engkaulah segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu.
27. Engkau masukkan malam ke dalam siang (memperpanjang masa malam) dan Engkau masukkan siang ke dalam malam (memperpanjangkan pula masa siang). Engkau keluarkan yang hidup daripada yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati daripada yang hidup. Dan Engkau beri rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dengan tiada terkira."


Khasiatnya:-
1. Amalkan ayat 26 - 27 sebelum tidur, mudah-mudahan Allah SWT membukakan jalan untuk menyelesaikan bebanan hutang.
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: "Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari."
- Riwayat al-Baihaqi


Urutan bacaannya:-
1. Surah Al-Fatihah.
2. Ayat Kursi
3. Surah Ali Imran Ayat 18 & 19
4. Surah Ali Imran Ayat 26 & 27

No comments:

Post a Comment