Monday, October 25, 2010

UiTM di hatiku

Ini adalah buku Istiadat Konvokesyen saya... Pada hari itu, saya amat teruja dan berbangga kerana dapat 'grad' dengan cemerlang (based on my KPI). Saya grad dengan Second Class Upper.. saya berbangga dengan diri saya kerana saya bukan pelajar aliran business semasa Diploma berbanding dgn rakan2 sekelas yg lain.. Saya hanyalah seorg Diploma graduate dlm kursus yg amat cikai sekali dlm UiTM yg sungguh bertuah dpt melanjutkan pengajian ke peringkat BBA (Hons) HRM. Saya akui terpaksa berkerja keras dan sering bertanyakan soalan2 cepu emas kepada rakan2 lain yg mmg power. Saya juga bertuah or dlm bahasa pasar ' byk untung oo' apabila dpt berkawan dengan rakan2 yg baik hati dan tak lokek ilmu. Saya sering bermalam di rumah mereka terutama bile nak final exam utk mengulangkaji pelajaran bersama2. Thank you to Sham, Ita, La and Akmal.. will always cherish and treasure our good memories together.

Saya juga masih igt yg saya terpaksa menggunakan duit pinjaman XYZNN yg diberi utk 2 semester sekali gus utk membayar pendahuluan membeli kereta Kancil. Kenapa saya nak beli kereta Kancil? Dulu pelajar2 Degree not entitled to stay in hostel. Saya terpaksa menyewa di luar dan rumah sewa tu jauh giler dari kampus. Pas tu ada pulak kelas bahasa ketiga yg jadualnya pada malam hari.. Masa tu saya naik mini buslah pas kelas, tapi sampai half way jalan jer semua org dah turun, tinggal saya jer.. Sape yg tak takut.. dahlah kelas tu 2x seminggu.. Cadangan yg agak kurang bernas ni ditambah ngan kewangan keluarga, dibahaskan.. Kerana sayang anak, maka bapa saya pun meminjam duit dari kakaknya, iaitu makcik saya yg tercinta utk tambah wang pendahuluan saya tu.. Maka, keluar sebiji kereta kancil demi mengejar cita2 dan utk keselamatan serta kesejahteraan anakanda tercinta. Lebih menyedihkan, mereka membawa kereta Kancil dan menghantar ke rumah sewa saya.. Pas tu, mereka menaiki bas dari KL dan balik ke JB.. Sungguh sedih dan terharu.. Saya tak tau nak hantar dorang ke Puduraya.. Pengorbanan ibu bapa terhdp saya sukar utk digambarkan.. Mereka adalah antara org2 yg terhebat dlm mengharungi segala dugaan dan liku2 hidup demi membesarkan anak2 mereka. Ini baru cerita saya.. belum lagi cerita membesarkan adik2 dan abang saya.. Oleh itu, sebaik mungkin, saya mahu mengembirakan mereka.. tak mahu membuat mereka kecil hati.. saya mahu membalas jasa mereka.. Dengan itu, saya berdoa agar mendapat pekerjaan baru dengan gaji yg lebih tinggi utk menghantar lebih wang kpd mereka. Insyaallah, doa saya akan termakbul satu hari nanti..

No comments:

Post a Comment