I got this from www.darussyifa.org website.
Dato’, harap dapat membantu saya untuk menjelaskan kemusykilan:
1. Apakah hukum mengubati orang yang kena sihir dengan pengubatan cara sihir juga. Sihir melawan sihir?
2. Bagaimana cara untuk menghindarkan diri daripada sihir?
3. Apakah ikhtiar yang dibenarkan syarak untuk mengubati pesakit yang kena sihir?
Kuala Kubu, Selangor
Jawapan Pertama
Orang yang terkena sihir sedang diuji Allah, yang boleh diikhtiarkan kesembuhannya melalui amalan yang diluluskan syarak iaitu seperti menggunakan ikhtiar rawatan dengan bacaan doa yang ma’thur.
Disebut dalam hadis-hadis sahih, iaitu menggunakan daun bidara, ditumbuk dalam batu, dimasukkan ke dalam air, dan didoakan dengan doa-doa daripada ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi, untuk diminum airnya dan dimandikan pesakit. ini merupakan salah satu dan cara pengubatan.
Hendaklah difikirkan cara lain selain menggunakan khidmat ahli sihir. Jika kita mengetahui orang tersebut ahli sihir dan menggunakan khidmatnya, bermakna kita bersubahat dengan ilmu yang dilarang oleh Islam.
Jawapan Kedua
Dalam Islam, banyak disarankan ikhtiar kepada manusia untuk menghindarkan diri dan sihir, setidak-tidaknya yang senang kita fahami, ada surah di dalam al-Quranul karim yang selalu digunakan oleh ramai masyarakat kita sebagai ayat pelindung yang dipanggil dengan istilah al-Muawwizat, tiga surah terakhir dalam al-Quran iaitu Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Naas. Kita dianjurkan mengamalkannya sebagai satu perlindungan bagi menghindarkan diri daripada sihir dan banyak lagi ayat-ayat lain seperti ayatul kursi.
Jalan untuk menghindarkan diri daripada sihir dengan al-wiqaayah lebih berkesan. Jangan dekati sesuatu perkara yang boleh menghindarkan diri daripada sihir, kerana jika sudah terkena, ada kesukaran untuk menghalangkannya. Semakin lama penyakit
tersebut dalam diri manusia, ia semakin susah untuk dirawati.
Ikhtiarnya adalah terbuka seperti menggunakan ayat-ayat untuk menentang sihir yang telah saya sebutkan. Banyak ayat dalam al-Quran menyentuh tentang berlaku sihir dalam alam manusia. Yang jelas ketara bahawa apabila sihir berlaku pads zaman Nabi Allah Musa a.s., baginda menghadapi sihir dengan kekuatan jiwa dan menggunakan kaedah bantuan Allah sehingga ahli-ahli sihir kecundang, menyerah kalah dan beriman kepada Nabi Musa.
Ulama muktabar menyarankan dalam kitab meneka untuk kita membaca, 10 ayat dalam
Surah al-Baqarah iaitu ayat 1 hingga 5, ayat 255, 256 & 257, dan tiga ayat terakhir, 284, 285 & 286.
No comments:
Post a Comment